Wednesday, September 30, 2009

PAK BERAHIM ANK ALI YG NYANYUK..

kesian gua tgk org nih..muda muda lagi da nyanyuk..dia da lupa sape yang bagi dia kebenaran meminjam lencana bulat..da pinjam,da guna habes2,da dpt nikmat pastu lupa nak hantar balik..ayoyo pak berahim..lu ingat lu hebat sgt ka??lu pk kalo guna lencana sendiri bole mng ka??kesian sama lu..lu mmg sah nyanyuk..lu cakap org mmg sokong lu..cuba lu ingt balik masa guna lambang payung..ada lu mng??kalo org btul2 sokong lu,lu guna la lambang ape pun tetap menang..lambang bas ker,kunci ker,kereta ker,motor ker,tetap mng..gua tgk x der pulak menang..jadi pengacau ad la..menyampah gua tgk lu sekarang..org da bg sedekah,lu hina balik..bukannya nak berterima kasih..baik lu pk awal2 pasni lu nk g mintak sedekah kat mn pulak..

p/s: pasni elok lu guna lambang katak..sgt cocok ngan lu...

Sunday, September 20, 2009

man u memang hebat..

inilah dikatakan bola..bola itu bulat..semua boleh terjadi..tambah2 kalo man u, memang sume bole..lu score 1,man u score 2,lu score 3,man u score 4..hahahhahahaha..itulah dia manchester united..glory glory man united..yeayyyyy!!!the king of manchester,manchester city..eh salah,manchester united!!!!


p/s: abah gua frust sebab man u menang..

Saturday, September 19, 2009

hari raya,duit raya,hantu raya dan jalan raya...

wo wo wo wo...tajuk macam besh gile...tapi yang gua nak merapu x der kaitan pun..hahahahaha..juz wanna wish selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kawan2,kenalan2 dan musuh2 sekalian..semoga hari raya tahun ni dapat banyk duit raya!!!!!yeay~!esok raya..esok raya..esok raya......!!!!!!!!!!!!!!!mama,abah,gua nak mintak ampun....

hari esok hari raya,
nak cari duit raya,
lepas raya banyak hantu raya,
hati hati di jalan raya!!!!

p/s: sapa rasa terror sgt balas pantun gua..lalalalalalalala~~~~

colek=rojak

colek??comfirm org luar kelantan kekurangan kefahaman apa itu colek.colek is mean rojak.rojak adalah makanan kegemaran orang kelantan selepas penat berterawikh di masjid.kat luar kelantan memang susah gila nak cari.memang org cakap ada.tp masa gua kat s.alm ari tu,dah merata2 tempat gua mengembara nak makan rojak punya pasal.x jua ku jumpa.memang gua mengidam gila nak makan.akhirnya malam tadi dapat juga akhirnya gua tibai.rojak bukan sebarang rojak.bukan rojak buah yang org makan kat tepi pantai tu..bukan juga rojak yang kedai maple jual.tp rojak ayam,ikan,hotdog,fishball and more..memang sedap gile.sampai menjilat jari.gua ade tangkap gambar tadi.tp x leh nak upload lagi sebab x jumpa cari cabel.nanti dah jumpa cabel gua upload.memang besh~!

Thursday, September 17, 2009

ramadhan..gua pasti rindukan kamu..

sayu la pulak bl pk ramadhan dah nak habes.ramadhan akan tnggalkan kita semua.kalo panjang umur,ade rezeki dapat lagi kita bertemu.kalo dah x der sume tu?hmmmmmmm....raya memang seronok.tapi kejap2 jer.ms ade open house,kenduri kendara.tapi,sepanjang bulan ramdhan,tiap2 ari rasa macam seronok.pagi2 lagi dah kuar cari makanan nak sahur.kalo mood ok,poket penuh,tibai nasik maple.kalo poket dah kosong,maggie la jawabnya.petangnya pulak,beramai2 g bazaar ramadhan.macam2 ade kat sana.nasik,kuih,air....kerenah manusia pun macam2.ade yang bazaar x bukak lagi dia da tercegat kat ctu.bukak pose awl ke bro?ade yang 2 3 minit nk sampai waktu berbukak baru nak kalut cari makanan.sometime g makan free kat masjid.kalo bukan bulan ramadhan mana ada makan free macam tuh.malamnya pulak,umah confirm bising.member2 suruh gi berterawih.tapi yang menyuruhnya x g pon.huhuhuhuhu..

kat shopping complex merata2 ada sale,ade yang 50%,70%,80%.nasib baik x der yang 100%.kalo ade confirm gua orang yang terawal tercegat depan shopping complex tuh.hakhakhak..adui...bestnyer bulan ramadhan..rokok pun jimat.siang ari x yah isap.hehehehe.ada satu lagi yang best,orang berlumba2 nak jadi baik.agak susah la nak jumpe gurl yang pakai skirt di bulan ramadhan.mn skirt dorang pegi pun x tau.kene kurung skali ngan setan kot.nak kate da buang x jugak sebab lepas raya confirm ada pulak skirt tuh.buang2 la yer..nak tunjuk kat sapa??simpan la..tunjuk kat suami kamu kat umah dah lerw.x yah la tunjuk kat gua.gua memang x leh orang pakai sexy.mata asyik nak menjeling jerk...

ade 3 ari jer lagi ramadhan.gua nak nikmati btul2.insyaALLAH kita jumpa lagi tahun depan.yang pastinya gua akan rindukan kamu.ramdhan bulan seribu bulan.bulan ibadat......

Wednesday, September 16, 2009

kota bharu bandaraya islam..


fuyyyooooo.kota bharu da banyak berubah.serius wa cakap lu.ms gua sampai ptg tadi,turun jer bas gua mcm tak tahu kat mana gua berada.gua da cuak da.ingatkan salah naik bas.bila tengok btul2,sah!ini memang bandar gua.tapi nape lain macam jer?rupanya dah jadi jalan sehala.baru beberapa bulan x balik gua da pening.kalo yang duk oversea confirm fening nk pikir kat mn dia berada.hahahahahaha.tahniah kota bharu.walaupun di bawah kepimpinan ulamak,kemajuan tetap tercapai.sape cakap kepimpinan ulamak kolot??gua potong kaki dia.gua memang respect la kepimpinan kat negeri gua.satu lagi yang org kat luar kelantan x kan jumpa,cina cakap dialeg kelantan.kalo kat luar confirm x jumpa.nak jumpa yang cakap melayu pun susah.tp kat sini memang gua respect.bukan setakat bahasa melayu,dialeg kelantan tu babe.memang one malaysia (one kelantan lebih specifik).kalo yang belum sampai kelantan,baik lu datang melawat negeri gua.lagi best kalau lu dapat beristerikan atau bersuamikan org kelantan.hakhakhak.tahniah kepimpinan ulamak!

gambar atas: akan datang,bandar satelit kota bharu.

p/s: gua pun x tahu ape yang gua merapu...

liga juara juara


liga juara juara da nak start.satu lagi liga yang confirmnya(confirmnya??pastinyalah!!)pastinya menarik minat kaki bola dan kaki judi sedunia selepas BPL (dulu EPL,ty fnd rocka)..season lepas meyaksikan dua team terhebat di muka bumi man united dan barcelona menguasai dunia bola sepak (hahahah..kasi panas skit).season nih confirm team team yang di ketahui lemah dan x pandai main bola akan mencuba sedaya upaya untuk menghalang ke-glory-an man united dan barca.gua agak dapat halang man u kot sebab man u kehilangan 2 pemain bintang mereka (tapi glory tetap glory sebab man u dah buktikan selepas membelasah arsenal n spurs).kita sama sama saksikan kehebatan man u dan barca serta team team lemah yang lain merebut kejuaraan liga juara juara..

p/s: gua x sokong mana mana team.gua x minat pun bola.gua bukan kaki bola.kaki gua kaki ori babe.kaki manusia.tapi MAN U n BARCA memang terbaik n terhebat!!glory glory man united..hahahahah...

Tuesday, September 15, 2009

mode lagu: balik kampung...

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

p/s: gua da nak balik kampung wei!!kepada kawan2 yang lambat lagi jangan jeles~!!!

Saturday, September 12, 2009

Lailatul Qadar

rupa rupanya dah 20 hari kita puasa.tnggal 10 hari lagi.mengikut kefahaman gua,10 malam terakhir di bulan ramadhan salah satunya malam lailatul qadar.kalau kat kg gua,10 malam terakhir org akan beramai2 iktikaf kat masjid untuk qiammullail.malam ganjil lagi ramai (malam 21,23,25,27,29) nk tahu kenape cari sendiri lam internet.tu kat kg gua la.kg lembu x tahu pulak mcm mn.malam lailatul qadar ni dgr2 ceritanya malam yang sgt makbul untuk berdoa.yang tu memang ada cite lam quran dan hadis.tp x di ceritakan secara tepat bila akan berlaku.yang pastinya salah satu malam di bulan ramadhan.so,senang cite sepanjang bulan ramadhan ni kita beramai2 ibadat tiap2 malam.confirm jumpa ngan malam lailitul qadar....

sini gua ada sediakan link2 yang berkait ngan lailatul qadar.kalo nak tahu,lu baca la sendiri.gua nak pendekkan pun panjang sgt penjelasan.tak terpendekkan pun...lalalalalalalalala~

defination Lailatul Qadar :
http://www.lailatulqadar.org/definition-of-lailatul-qadar/

Mencari Lailatul Qadar (oleh: Datuk Dr. Abdul Monir bin Yaacob) :
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=670&cmd=resetall

hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara :
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022407&Itemid=91

p/s:
-ari ni dah masuk hari 22..gua terlambat nk pos...
-lagi 8 hari nak raya wei....lagi beberapa hari gua nak balik kampung...yaaaaahhhhoooooo!!!raya woi,raya!!!!

Friday, September 11, 2009

LEMBU SEMAKIN GANAS..lembu owh lembu...

alamak..gile la lembu zaman sekarang..da bole main rogol2.ganas gile lembu s.alm.ugut rogol tu babe.mmg sah lembu.tp lembu bole bercakap.heran2.lembu jelmaan manusia.hahahahha.pegi mampus la lu ngan lembu lu.org wat makan,dia wat pijak.rezeki pun main pijak.lembu owh lembu.habes la lu..org da wat report.tnggu je la.terlajak perahu bole di undur,terlajak cakap lembu la jawapannya..cakap ikut suka hati jer..kalo org cakap nak rogol anak bini lu amacam??x marah ker??gila punya org....

nizar ~ “Lembu” Ugut Rogol YB

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung isu pemindahan kuil, Sabtu lepas.

Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.

“Saya hadir sebagai ADUN Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.

di petik dari: http://sesamaislam.wordpress.com/2009/09/11/nizar-lembu-ugut-rogol-yb/

KEPALA LEMBU..

x habes lagi isu ni di bisingkan.dah lama da.tp org ramai masih bising2.ada yang menyokong.ada yang tak.yang menyokong ada point2 sendiri.yang x sokong pun ada hujjah2nya jugak.gua?mesti la x menyokong.gila lu nk sokong.kalo lu sokong,sama la lu sokong non muslim pijak quran.pijak quran?babi anjing lu nak pijak quran.tu kitab suci agama gua.agama ISLAM.tp sekarang org agama gua dulu yang start.nasib baik owg agama lain x balas balik.kalo balas balik sapa yang salah?mesti la org yang pijak kepala lembu.so sekarang,sapa yang babi anjing??

Wednesday, September 9, 2009

SEKALI LAGI JEMPUTAN BEKERJASAMA..

tak habes lagi rupa2nya jemputan ini.ingatkan dah habes hari tu.rupa2nya isu sama di mainkan lagi.susah ke nak berjuang kalau tak der kerjasama.geng2 sedia ada tak leh beri kerjasama ke?kan dari dulu lagi duk bekerjasama ngan geng2 tu.wat pe nak tambah geng baru?ker rasa geng lama da tak kuat?sebab tu nak tambah geng baru?nampak macam fully power.da cuak ker?baru skit da cuak.nampak macam samseng.org samseng pun tahu cuak jugak ke?wat malu jer.lu x payah la ajak org bekerjasama.lu pun da tahu ape yang geng tu perjuangkan.lu buat jer apa yang geng tu nak.lu bagi jer.susah sgt ke nak paham bongok?kata belajar sampai oversea.ker lu blaja x habes?lu letak ISLAM di atas sekali.INSYAALLAH settle.ada faham??

Bekas MB Kelantan meninggal

KOTA BHARU, 8 Sept: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan.

Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.

Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990.

Beliau menceburi bidang politik sejak tahun 1950 menyertai Umno dan memenangi pertandingan buat kali pertamanya dalam pilihan raya umum 1969 bagi kerusi parlimen Tanah Merah.

Allahyarham anak kelahiran Kelantan, dilahirkan di kampong Palekbang, Tumpat, pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1996 pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor hari ini.

Kepimpinan kerajaan Pas negeri mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan ketenangan roh Allahyarham di sisi Allah SWT.

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22414&Itemid=1

Friday, September 4, 2009

BAGAN PINANG..

kota siputih da x jadi..jom kite beramai ramai g negori sembilan pulak..berkhemah beramai ramai..persatuan pakaian seragam biru sila bersiap sedia.kita nak gi beramai ramai..hantu hantu sekalian sila sabar ek..tunggu lepas bulan ramadhan..skunk ni kene kurung lagi..hahhahaha..beberapa mnggu lagi anda akan di bebaskan untuk berkeliaran di bagan pinang..pembina2 sekalian sila siap sediakan peralatan untuk project membina di sana.nanti banyak nak bina secepat mungkin..banyak yang segera!!!sila pastikan alat anda dalam keadaan baik.kalo x melepas nanti.yang penting jangan lupa pergi buat baik dengan pemberi project....

Thursday, September 3, 2009

final destination..


SYPNOSIS
On what should have been a fun-filled day at the races, Nick O’Bannon (Bobby Campo) has a horrific premonition in which a bizarre sequence of events causes multiple race cars to crash, sending flaming debris into the stands, brutally killing his friends and causing the upper deck of the stands to collapse on him. When he comes out of this grisly nightmare, Nick panics, persuading his girlfriend, Lori (Shantel VanSanten), and their friends, Janet (Haley Webb) and Hunt (Nick Zano), to leave…escaping seconds before Nick’s frightening vision becomes a terrible reality.

Thinking they’ve cheated death, the group has a new lease on life, but unfortunately for Nick and Lori, it is only the beginning. As his premonitions continue and the crash survivors begin to die one-by-one—in increasingly gruesome ways—Nick must figure out how to cheat death once and for all before he, too, reaches his final destination.


p/s: waduh waduh..gua x sabar nak tgk filem nih..kalo bole esk jugak nk g tgk..mintak2 la ade org nak teman..

platlet darah turun lagi..

dengue kucar kacirkan hidup aku..berterabu habes.td baru lps test heat and fluid,mn bole jawab.cane nk stady kalo da demam.badan saket2 jer.kalo x g test td,mcm x syok pulak jawab sorang sorang di lain hari..adui...rosak aku sem ni.ni yg buat aku cuak x pasal pasal ni..ade jugak yg nk kena potong duit next sem.pg td aku g hospital lg,cek darah..habes lebam2 tgn aku,da x der tempat doc nk cucuk.keputusannya,platlet darah turun lagi.semalam 124,ari ni 122.aiyo...cane ni.platlet normal bpe ek?ade org tahu x?lupa pulak nk tnye doc td.naseb baek suhu badan da turun.semalam 38.4,ari ni 37.8.ok la tu..cuma platlet darah jer yg merisaukan aku.mama cakap kene makan ketam ngan kuah dia,kalo bole menum kuah dia.ketam bole di cari,tp tukang masak mn nk cari.nk suruh awek,awek pun x der.susah gak x der awek.huhuhuhuhu...next appoiment ari jumaat..hope ari tu da ok..aku sedang berusaha sedaya upaya untuk minum 100plus sebanyak mungkin dan mencari tukang masak ketam.hehehheheheh...

Wednesday, September 2, 2009

KOTA SiPUTEH..

nasib baik x jadi prk.kalo x confirm malu besar lagi.malu sebesar-besarnya.lebih besar dari bangunan putra jaya.tolong la,wat la mcm mana pun,auta la ape pun.yang penting prk x der.aku dah x sanggup menanggung malu dengan jiran jiran.hahahahahhhahha.dasar pengecut!penakut!pembohong!pemalu pun ade kot..huahuahua... :p

Tuesday, September 1, 2009

penyakit aku di bulan puasa..

setiap kali puasa aku confirm dapat panyakit yang membatalkan puasa aku.bukan period ek.aku laki!!!dah 3 tahun berturut2.ade je penyakit yang datang.ujian dari ALLAH S.W.T. kot.2 puasa yang lepas semput yang serang aku.bangun tdo pg je terase saket dada.nak bernafas pun susah.maybe masa tu aku isap rokok murah kot.tu yang kene semput.tahun ni aku da tukar rokok dunhill,ALHAMDULILLAH x kene lg semput.bila da kene semput terpaksa la aku g klnik wat muka kesian dengan niat nk dapat mc lama2.hahaha.tp semput biasenye dia bg kejap je.2 3 jam.x sampai sehari pun.lepas jumpa doctor,dia suruh sedut gas (ntah name ape) yang membatalkan puasa aku.pastu dia akn cakap 'adk balik rumah,rehat ek..pastu ptg nnti bole la g class'.

tu cerita 2 kali puasa yang lepas.ms tu aku kat penang.skunk dah pindah kat s.alm.lain tempat,lain penyakit yang aku dapat.2 hari lepas,bangun jer tdo badan aku terasa sakit gle.urat dalam badan rs mcm sengal2 jer.sentuh dahi terasa panas.hmmmm,mcm demam jer.tp aku wat x tau jer.malas nk layan.aku kuar jmpe kawan2.siap g kl lg sambut merdeka.kol 4 pg aku blk rs mmg x larat gile.suhu dah meningkat.aku telan ubat,minum 100plus dgn harapan bgn tdo nnti aku dah ok.tp malang,harapan tnggal harapan.bgn jer badan makin panas.kepala pusing.aku ajak mmber aku g klinik.

sampai jer sana,doc cek suhu badan 39c.terus dia suruh aku g cek darah.lps cek darah sume,aku d syaki dengue.alamak,mcm mn bole dengue ni.aku da cuak gile takut doc suruh masuk wad.pastu doc suruh balik umh,menum ae bnyk.esk datang lg nk cek.pg td aku g la dengan nervousnye.aku g cek darah lg,doc cakap sah dengue.platlet darah turun.suhu hari ni 38.4.doc suruh aku masuk wad,kejap je..nk masukkan air (batal lagi puasa aku).ad la 3 jam.pastu bole balik.naseb baik x yah bermalam kat hospital.lega rasanya.sebelum blk td,doc pesan esk dtg lg.nk cek darah.moga aku cepat sembuh...aku bnyk test mnggu ni...!!!!