Monday, August 31, 2009

'Jangan cabar United'



PEMAIN United meraikan kejayaan mereka menewaskan Arsenal pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin. United menang 2-1.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengingatkan pasukan lain agar tidak mencabar kewibawaan anak buahnya dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Keyakinan Ferguson itu disuarakan selepas The Red Devils menewaskan musuh tradisi, Arsenal 2-1 di Old Trafford kelmarin.

Musim lalu, United yang muncul juara buat kali ketiga berturut-turut berdepan kesukaran ketika menghadapi dua seteru utama, Liverpool dan Arsenal.

Mereka tewas dua kali kepada Liverpool manakala Arsenal pula mengutip empat mata ketika bertemu mereka.

Namun, berbeza pada musim ini apabila Ferguson tersenyum riang menyaksikan kebangkitan anak buahnya sebelum menumbangkan The Gunners 2-1.

"Apabila kami ketinggalan 0-1 kepada pasukan kelas dunia seperti Arsenal, ia satu tugas yang mencabar," kata Ferguson.

"Kami perlu berusaha dengan keras, tapi berjaya bermain dengan baik pada babak kedua dan layak menikmati kemenangan ini.

"Pemain sedar memenangi perlawanan penting seperti ini sangat penting. Musim lepas kami kehilangan empat mata kepada Arsenal dan enam mata kepada Liverpool.

"Sekarang kami berjaya menang ke atas pasukan ini pada awal saingan dan ia akan memberikan perbezaan kepada kempen musim ini." - AFP

sumber merapu: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm


MERDEKA..

semalam tepat kol 12,negara kita meyambut hari merdeka.org berpusu2 menuju ke kl untuk meymbut kemerdekaan.aku pun salah seorang dr mereka.aku g ngan geng2 skolah aku dulu.sje je g,nk tgk cane owg kl sambut merdeka.aku g dataran merdeka.kebanyakannya melayu yg berkumpul kat ctu.bila dah sebut melayu confirm la islamkan?tp cara pemakaiannya,MASYAALLAH..lebih teruk dr bukan islam.ntah ap nk jadi ngan org islam zaman skrng.dah mcm2 bala ALLAH S.W.T. turunkan.tp masih x insaf2.masih berkiblatkan barat.ada yg selamba pgg arak.sedarlah saudara2 islamku,kita da dekat kiamat.da mcm2 tanda besar kiamat kita dpt tgk.

'ya ALLAH ya tuhanku,KAU lindungilah diriku dan saudara2 islamku.KAU selamatkanlah kami dari masalah sosial.KAU lindungilah kami dari bala MU'

SALAM MERDAKA...

p/s: gua x der la baik sgt.mcm org biasa jer.isap rokok.kaki lepak.kadang2 pkai gak suar pendek.tp x der lah jahat sampai minum arak.berzina.gua normal jer.

Saturday, August 29, 2009

KEPALA LEMBU DAN DEMONSTRASI..siapa yg terlibat??

aduih..kenapa bole jd smpai mcm ni?sampai memijak kepala lembu.org s.alm da x rasional ker?cuba bw bersabar.lg pun ni kan bulan ramadhan al-mubarak.kalo nk jugak berdemo pun,x yah la bawak kepala lembu.biarpun x bermaksud nk menghina agama hindu,tp itu betul2 sensitif.ibarat org hindu mengadakan demo sambil memijak quran.apa yg bahlul2 demo semalam rs?x marah ke?kalo x marah,lu sah bukan org islam!begitu la jugak sebaliknya mangkuk!!cuba fikir dengan tenang sebelum bertindak.dalam quran pun ada melarang umat islam menghina atau cerca benda yang di sembah agama lain.firman ALLAH S.W.T dalam surah An' Aam ayat 108 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."

itulah yang di ajar oleh islam.bukan demo secara membabi buta sambil menghina benda yang disembah agama lain!satu yg aku hairan,di mana pihak polis semalam?biasanya kalau ad demo cepat jer polis dtg.sebelum demo lg polis dah dtg.dah siap tutup jalan.tapi semalam sorang pun tarak nampak.hang pa pi mn?ker demo semalam anjuran pihak mn?biasanya kalo demo tnpa gangguan anjuran puak *m*o.almaklumlah.org ad kuasa.semua bole buat....

Friday, August 28, 2009

yes!!!akhirnya aku berjaya...

suasana masih gelap,suram dan kelam.diriku seperti berada di dalam kubu perang.udara sejuk menusuk kalbu.kedengaran rintik rintik hujan di luar sana.tiba2 kedengaran bunyi berdentum2 seperti bom yang luruh dari jet pejuang.bunyi yg pd awlnya kedengaran perlahan,makin lama makin bertamabah volumenya.kekerapan juga semakin bertambah.tanpa jemu bunyi itu terus kedengaran.setelah aku amati btul2,rupanya bunyi alarm hp aku.dgn malas dan berat hati aku mmbuka mata tgk jam baru kol 8.kelas kol 8.30.sempat lg ni kalo aku nk smbung tdo kejap.otak jahat aku mula berfikir,minggu ni sume kelas pg aku x g,ap kate mnggu dpn baru start g.yg ari ni ponteng dulu.hmmmmmm.aku hampir setuju.tp otak baik aku dengan cepat mengawal keadaan,hari ni hari jumaat,hari yg baik lg mulia.kalo nk start pape elok lah di mulakan dengan hari yg baik.akhirnya aku gagahkan jua untuk mengambil towel dan terus mndi tanpa berfikir.aku ke kelas dengan keadaan x ckup tdo.mata merah menyala bak singa kelaparan.hahahha..mn taknya,kol 6.30 bru tdo kol 8 da bangun nk g kelas.akhirnya aku bejaya menghadirkan diri ku kelas pg pertama di bulan ramadhan yg mulia ini...syukur ALHAMDULILLAH... =)

p/s: bilik tdo kat rumah gua mmg gelap.lebih gelap dr kubu perang.kalo tdo siang hari mmg best..ok lah,gua nk tdo.x ckup lg tdo gua untuk hari ni......

Thursday, August 27, 2009

jawapan kepada tun dr mahathir..(isu sebat)

sila ikut link di bawah untuk jawapannya..
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=869&Itemid=72

SEBAT KE TAK??sape punyer keje ni??

heboh satu malaysia pasal kes sebat kartika sari dewi shukarnor.aku yang x kenal dia pun mula jadi peminat dia.jadi peminat tajuk cerita dia.SEBAT.tapi aku x knal dia.yg aku tahu tajuk dia jer.maka aku dengan dengan blur dan bangang (kerana cerita dah heboh satu malaysia pun aku x tahu lg) serta rasa ingin tahu bertanya member aku:

aku: siapa dia tu?
member: dengar cerita model sambilan..
aku: betul ker?
member: yer la.kate suke baca paper.x kan yg ni pun x tahu.?
aku: mn la aku tahu.aku baca sukan jer.berita lain mcm banyak tipu jer.
member: yg tipu cerita lain,cerita artis ngan sukan x tipu.
aku: cerita apa yg tipu?
member: *******

owh..kalau macam tu cerita artis la ni.tp yang tu x penting.yang penting sekarang cerita sebat.cerita syariat islam.hukuman tu dah hampir di lakukan.tiba2 di tangguhkan.mahkamah dah jatuhkan hukuman,tp bole di tangguhkan.bole ke??bole la tu..kalau x mcm mn terjadi.tapi sape punya kerja ni?kenape tangguh?apa alasan?kenapa susah sgt nk jalankan hukuman mengikut islam di negara yang beragamakan agama islam sebagai agama rasmi???

hidup mula meraban..

hahahaha..tajuk pun mcm da pelik..aku pun x tau la kenape..bila bulan puasa jer hidup aku confirm x terurus.tido x ikut masa.kadang2 malam x tido langsung.buat ape x tahu.buat amal ada la kot skit2.stady da di kira beramal kan?tp mcm x sampai sejam jer.bila malam tak tido,esoknye confirm mengantuk gila.kalo bole buka mata separuh pun da di kira berjaya dengan cemerlang.bila da jd mcm tu,cls confirm la x g kan..cane lg nk g??baik tido jer..bangun2 kol 4 terus smayang zuhur,tnggu asar jap pastu da dekat nk bukak puasa..ahahhahah..simple..ntah dapat ke x pahala puasa.asyik tdo jer.kalo tdo malam x pe la jugak,ni bak kata mama aku 'malam x tido,jadi musang'..hehehehe..yg terurus bulan puasa satu benda jer,makan d waktu magrib.huh~!yg tu x pnah lg terlepas.confirm tepat pada masa yang di janji kan.....adui~apa nk jadi ni???aku x nak jd musang!!!

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
(petikan lagu man bai&raihan: harapaan ramadhan)

Tuesday, August 25, 2009

PERMATANG PASIR..

tahniah di ucapkan kepada Mohd Salleh Man calon dari PAS kerana dapat mengekalkan kemenangan di kerusi dun permatang pasir yang dahulunya di menangi oleh Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang juga calon dari PAS.pilihanraya kecil dun permatang pasir terpaksa di adakan semula berikutan kematian calon terdahulu.tahniah juga di ucapkan kepada Rohaizat Othman calon daripada BN kerana dapat mengurangkan majoriti yg di menangi PAS pd pilihanraya lalu setelah menggunaka pelbagai kemudahan yg di sediakan termasuklah media televisyen.TAHNIAH KEPADA SEMUA...

Sunday, August 23, 2009

SYURGA DAN NERAKA...

masa aku kecik2 dulu aku slalu dgr crite dr org tua2 pasal syurga dan neraka.mcm2 cerita yang aku dgr.betapa indahnya syurga dan betapa seramnya neraka.aku juga pnah dgr crite yg nk masuk syurga dan neraka bkn sbb amal kita,tp kerana rahmat ALLAH S.W.T.kalau nak harap amal kita,smpai bila2 pun takkan cukup sebab syurga ALLAH S.W.T sgt indah untuk dibandingkan dengan amal yg sgt senang kite buat ats muka bumi.

berbalik kepada cerita rahmat ALLAH,antara yg aku pnah dgr ialah kisah pembunuh yg telah membunuh 99 org.tiba2 datang keinginan dari hatinya untuk bertaubat(rahmat ALLAH).dia mula mencari ulamak untuk bertnyakan cara untuk bertaubat.tp malangnya apabila ulamak itu memberitahu tiada cara untuk bertaubat maka dibunuh ulamak itu.cukup lah 100 org yg dibunuhnya.pastu di carinya ulamak lain untuk bertanya tentng taubat.adalah sorang ulamak tu bg taw kalo nk bertaubat mesti pegi masjid yg jauh.on the way nk g masjid tu,di takdirkan ALLAH dia meninggal dunia tanpa sempat dia membuat amal.tetapi dia mati dalam menuju ke arah kebaikan.maka dia di kategorikan mati dalam keadaan beriman.

satu lg cerita yg aku selalu pasal abang dan adik.abangnya seorang yg alim.selalu beramal.sentiasa berada di atas tikar sejadahnya.manakala si adik pula kaki enjoy.main perempuan,minum arak.suatu hari si abg dan adik terlintas nk mencuba tukar tempat.adik nk berada di tikar sejadah abgnya manakala abg nk enjoy seperti adknya untuk satu hari.semasa mereka nk tukar tempat,di takdirkan kedua2 nya jatuh lalu meninggal dunia.adknya yg kaki enjoy masuk syurga sebab mati dalam menuju kebaikkan dan abgnya pula di masukkan ke neraka walaupun sentiasa beramal kerana mati dalam keadaan menuju kejahatan.

kesimpulannya tak semestinya manusia yang sentiasa berbuat baik akn mati dan menuju ke syurga manakala yg jahat akan terus menuju ke neraka.semuanya bergantung kepada rahmat ALLAH S.W.T. TETAPI,kedua2 cerita di atas semua yg jahat mati dalam keadaan menuju kebaikan.bagaimana pula kalau yg jahat terus mati dalam keadaan jahat??yg menyokong benda haram mati dalam keadaan menyokong??yang menyokong arak mati dalam menyokong arak??yg menyokong judi mati dalam keadaan menyokong judi??tanpa ada sebarang usaha untuk mengharamkan semuanya..WALLAHUAKLAM..

Friday, August 21, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK..

selamat datang bulan ramadhan al mubarak..bulan seribu bulan..sudah setahun kami menunggu..setiap kali menyambut bulan ramadhan lagu nyanyian man bai dan kumpulan raihan yg bertajuk harapan ramadhan pasti terngiang2 di telingaku..'ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..'..begitulah harapan ku setiap kali meyambut bulan yg suci ini..bulan seribu bulan..bulan penuh ibadah..begitu juga harapan ku kpd geng2 aku yg lain..geng ms kat penang dulu..geng zaman gila2 remaja..skunk dah hujung remaja..ad yang da kawen..ad yg menunggu ms untuk menerima cahaya mata..semoga kita dpt sama2 menunaikan kewajipan berpuasa dengan sempurna..hahahah..all da best!!!

Thursday, August 20, 2009

PERINGATAN KEPADA BLOGGER!!


menurut laporan dalam malaysia kini,blog hasutan dan senda agama akan di sekat oleh kerajaan..serta tindakan undang undang akan di ambil..kita sebagai rakyat malaysia yang baik hati haruslah mengikut telunjuk kerajaan kita yang adil dan saksama..mungkin ada kebaikan terhadap rakyat bila kerajaan mengambil tindakan tersebut tanpa ada maksud tersirat..kita haruslah percaya dengan kerajaan kita yang mengamalkan sistem demokrasi seperti yg di laung laungkan..tp,apakah yang di maksudkan dengan demokrasi??adakah negara kita btul2 mengamalkan demokrasi??

berikut adalah laporan yang di petik dari malaysia kini :

Blog hasutan, senda agama akan disekat

Ogos 19, 09 7:23pm

Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.

Beliau menegaskan sedemikian selepas satu mesyuarat khas antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketiga-tiga pihak ini diberikan tanggungjawab oleh kabinet untuk menyelaraskan beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

Mesyuarat yang pengerusikan Hishamuddin petang ini diadakan bersama Menteri di JPM Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Isu-isu yang dibincangkan antaranya usaha penyelarasan tindakan dan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi memudahkan tindakan bawah Akta Hasutan.

"Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah," kata Hishammuddin.

Mesyuarat juga mendengar taklimat daripada polis mengenai isu-isu keselamatan semasa negara khususnya berkaitan dengan penyalahgunaan media alternatif serta taklimat oleh pihak penasihat undang-undang KDN mengenai perkembangan terkini berkaitan isu cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Monday, August 17, 2009

ALAHAI PILIHAN RAYA KECIL..


dalam beberapa minggu lg,satu lagi pilihan raya kecil akan di adakan..ntah yang ke berapa kali untuk season ni..huhuhuhuh..tp yg menariknya sekali lagi akn berlaku kat negeri pulau mutiara..sebelum ni da di adakan kat parlimen permatang pauh dan dun penanti..tp prk dun penanti tanpa penyertaan dr parti terbesar negara kita bn atas sebab ingin mengelak pembaziran sehinggakan prk kecil itu hilang serinya..mungkin untuk kali ini bn bole menarik diri atas alasan h1n1..tp nampaknya itu tidak berlaku..pada pendapat aku(pendapat aku la)mmg itu sepatutnya di lakukan kerana dulu untuk mengalak pembaziran wang rakyat..mungkin kali ini untuk mengelak pembaziran nyawa rakyat..separti di ketahui,h1n1 sgt mudah untuk berjangkit..terutama sekali bl berhimpun..pilihanraya x mungkin berlaku tanpa perhimpunan..yg pastinya perhimpunan untuk mesyuarat dan kempen pasti akn berlaku..atau kali ini bn yakin untuk menang selepas mereka tewas tipis kepada pas semasa prk di manek urai??

Saturday, August 15, 2009

WORLD STAGE AT SUNWAY.. antara suka atau duka??


wajar ke world stage kt sunway di teruskn??padahal negara kita sedang kalut ngan demam khinzir..tempat berhimpun mmg kalo bole d larang..tp mcm mn world stage bole di teruskan??kenape x d batalkan saja??world stage sume org nk g..aku pun nk g..siap topup rm50 lg..cuma x sempat nk amek pass masuk je..pass masuk skit sgt..tp bkn isu tu yg nk d bincangkn skunk..isunyer ialah world stage n selesema khinzir..mcm mn nk elak org ramai berhimpun kalau program mcm tu tetap di teruskan..apakah rasionalnya??selagi di beri permit,selagi tu la org nk g..atau ade pihak yg mendapat keuntungan lebih dengan world stage??tp keuntungan ngan nyawa mn lg pnting?untung bila2 bole cari..nyawa ALLAH S.W.T bg stu jer setiap org..bkn mcm dalam crite dragon ball..lepas mati bole hidup balik..atau adakah world stage menggunakan pengimbas khas??kat airport pun ade benda2 cam 2, tersebar jugak penyakit ni..ke syarat nk masuk world stage kne pkai mask??macam x cool je kalo pakai mask..bak kata member aku,x punk la..atau sebenarnya negara kita bukan di tahap membahayakan lg tahap selesema khinzir??tp kalo x bahaya x kan la ipt da banyak cuti??atau nk tnggu tahap bahaya yg lebih tinggi lagi baru nk serius dengan selesema khinzir??

JUST SHARING..SHARING IS CARING..


kalau hadapi simpton selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala dan sakit tekak anda mungkin H1N1.minum air susu dan buah epal atau oren.mkn makanan yang d buat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1..tolong foward kepada rakan2 untuk kesihatan bersama - hospital sultanah aminah johor.. bersama mendoakan kesejahteraan ummah.. AMIN..

pengkhianat??mengapa dan kenapa??


pengkhianat negara??mengapa dan kenapa DSAI di labelkan sebegitu rupa??adakah kerana demo yg d ciptanya atau sbb2 lain??kalo sbb demo mengapa pula seteru madunya pak berahim yg juga menganjurkan demo tidak di labelkan pengkhianat??atau kerana demo yg dianjurkan dsai lebih ramai peminat??kalo lebih ramai peminat,kenape org ramai lebih berminat dengan demo ciptaan beliau??atau kerana demo beliau menimbulkan huru hara??tapi kenapa huru hara terjadi??kenapa anjuran pak berahim x menimbulkan huru hara??adakah kerana gangguan pihak polis atau siapa??kenape anjuran pak berahim x menimbulkan hura hara??ntah la..bnyk sgt persoalan yg timbul lam kepala aku..bkn sbb aku menyokong dsai,cuma rs nk tahu jer..bg aku isa adalah satu rahsia negara..isa ad baiknyer..buruknyer mmg la tetap ada..biasa la benda ciptaan manusia..mesti la ad baik buruknya..mn ad bnda yg d cipta manusia perfect melainkan ciptaan ALLAH S.W.T..isa x der la zalim sgt KALAU cara penggunaanya btul malah akn menjadi sgt penting untuk keamanan negara..pernakah isa di salah gunakan??ntah la..yg tu aku x tahu..tu rahsia negara..hanya org yg layak jer patut mengtahui..aku jauh sekali layak untuk mengtahuinya..apa yg aku tahu,aku rakyat malaysia yg cintakan negara..yg mahukan keamanan..

EPL sudah kembali...

jom meriahkan malam minggu anda dengan bola..tp jgn la taksub sgt..sampai nk bergaduh.mcm season lepas,bl MU kalah ngan BARCA kt final champion league ad org kene pukul kat kL sampai pecah kepale..nauzubillah..kwn2 kne la faham,x sume org tahan kene maki..kalo org mcm aku x pe la..tahan ker aku..??tahan kot..jiwa da kering..hahahaha..ape pun,tgk dan bersorak dah la..jgn smpai gadoh..setiap org ade pasukan masing2..mcm aku sokong MAN U..walaupun MAN U nampak mcm kurang bermaya season ni,tp aku tetap sokong gak..huhuhu..GLORY GLORY MAN UNITED..

Thursday, August 13, 2009

kisah manusia,malaikat dan syaitan....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3. Syaitan - Tak payah

selsema khinzir..

tahun ni negara kita di gemparkan dengan satu lagi penyakit baru. selsema babi (H1N1). macam macam effect kite dpt.. sampai campus pun nak tutup satu semester (khabar angin). padahal benda ni datang dari yg di atas..tp x der la pulak dgr cerita negara kita mintak dgn yg di atas supaya d jauhkan dr penyakit ni..yg kedengaran hanyalah bermacam macam larangan..itu x bole buat,ini x bole buat..apa kata kita seluruh rakyat malaysia yg negaranya agama Islam agama rasmi beramai ramai menunaikan solat hajat..meminta kepada pencipta segala2 supaya d jauhkan penyakit ini dari negara kita..syabas d ucapkan kepada kerajaan negeri kelantan yang memulakan contoh baik ini..satu lg suggestion,maybe kerajaan kita patut mewajibkan seluruh rakyat negara ni pkai mask..da kata negara melayu,standard la org melayu nk buat benda2 yg baik,yg elok mmg sgt susah.depa cakap malu..tp bila semua org da buat,bila kita da ketinggalan,kita sebagai org melayu baru la mula tergopoh gopoh dan berebut rebut nk buat....